Sunday, 8 January 2012
The New Series of Malaysian Banknotes
Just add another set into my collection. Prefix number is AA0020028. Will be upload pic soon o refer mynewseriesmalaysianbanknotes
Wednesday, 4 January 2012
RM10 Replacement Note
RM50 Cetak Semula atau Replacement Note
Wang kertas gantian wang kertas yang dicetak bagi menggantikan yang rosak dan digunakan sebagai mekanisme kawalan untuk kerajaan atau pihak berkuasa monetari untuk mengetahui bilangan sebenar wang kertas yang dicetak. Sebagai kawalan kualiti mendapati nota yang rosak dalam proses percetakan selepas nombor siri telah overprinted, mereka dibawa keluar dengan nombor siri mereka diturunkan dan digantikan dengan wang kertas lain yang dicetak khas untuk tujuan ini, supaya jumlah wang kertas yang dicetak tetap sama dalam setiap batch pengeluaran. Ini menjimatkan masa dan wang berbanding dengan semula percetakan sama nombor siri yang sama yang telah digunakan sebelum ini. Ianya jarang berlaku bahawa wang kertas gantian mempunyai nombor siri yang sama sebagai salah satu rosak asal. Satu nota gantian akan mempunyai sistem pernomboran sendiri siri yang memisahkan dari sistem penomboran normal.
Replacement Note mostly bermula dengan no Siri ZA, ZB, ZC, ZD, ZE
Ini contoh koleksi saya.
Replacement Note mostly bermula dengan no Siri ZA, ZB, ZC, ZD, ZE
Ini contoh koleksi saya.
Tuesday, 3 January 2012
Error Coin 20 sen 2005
Just nak share contoh 'error coin' yang ada dalam simpanan saya.. benda mcm ni kadang-kadang kita tak ambik kisah pun. tapi segelintir collector menganggap ia rare. kenapa? lagi anda nak tau lagi macam-macam anda akan tau. sekarang bila anda baca ni mesti dalam hati, "eh cam pernah je jumpa duit rosak"... haha.. yg penting bukan dirosakkan sendiri.. kilang kuarkan dalam bentuk yg tak sempurna.
50 sen 1988 with 'Extra Dot'
Antara rare item dalam koleksi saya. Duit syiling 50sen tahun 1988. Syiling ni ada extra 'dot' pada bangunan parlimen. Difahamkan tahun 1979 syiling yg sama juga ada extra dot. Kuantiti syiling ini tidak diketahui.
Sunday, 1 January 2012
Wang Polimer RM1 dan RM5
BNM menukar wang kertas RM1 kepada substrat polimer kerana polimer mempunyai daya tahan yang tinggi dan amat sesuai untuk denominasi wang yang lebih rendah yang paling kerap digunakan. Hanya RM1 dan RM5 yang dikeluarkan dalam bentuk polimer.
Lima set untuk simpanan saya. Harga pasaran sudah berubah. refer internet atau galeri-galeri.
Bank Negara Malaysia juga mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan pengeluaran mata wang siri baharu ini. Set 2 dalam 1 (denominasi RM1 dan RM5) - 500,000 set yang berharga RM15.00 setiap satu.
Wang kertas RM20 telah kembali
Wang kertas RM20 telah lama diperkenalkan sejak siri kedua pada tahun 1982. Namun dihentikan pengeluarannya pada .tahun 1995. Hampir 16 tahun berlalu kini wang kertas RM20 kembali
Wang kertas RM20 diperkenalkan semula sebagai memenuhi keperluan orang ramai kerana ia merupakan denominasi pengantara untuk mengisi jurang antara denominasi RM10 dengan RM50. Ini bagi memudahkan orang ramai dalam urusan pembayaran mereka.
Bank Negara Malaysia juga mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan pengeluaran mata wang siri baharu ini.
Set Individu (denominasi RM20) - 500,000 set yang berharga RM30.00 setiap satu.
dibawah ialah koleksi yang saya..
Wang kertas RM20 diperkenalkan semula sebagai memenuhi keperluan orang ramai kerana ia merupakan denominasi pengantara untuk mengisi jurang antara denominasi RM10 dengan RM50. Ini bagi memudahkan orang ramai dalam urusan pembayaran mereka.
Bank Negara Malaysia juga mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan pengeluaran mata wang siri baharu ini.
Set Individu (denominasi RM20) - 500,000 set yang berharga RM30.00 setiap satu.
dibawah ialah koleksi yang saya..
Lima set dalam koleksi saya. Untuk semak harga pasaran sila buat rujukan di galeri-galeri atau booth-booth yang berdekatan, mahupun di internet.
Wang Kertas Malaysia Siri Baharu
PREFIX AA0003153 |
Wang kertas siri baharu ini turut mengandungi ciri-ciri keselamatan yang dipertingkat sejajar dengan kemajuan terkini dalam teknologi wang kertas. Ciri-ciri keselamatan wang kertas siri baharu ini termasuklah imej tanda bayang, tingkap pandang telus, potret tera air dengan piksel dan angka, benang keselamatan dengan warna berubah-ubah, benang kanta mikro, tanda pandang telus dan petak kilat berwarna untuk memudahkan orang ramai mengenalinya. Ciri keselamatan lain ialah pengenalpastian secara sentuhan untuk memudahkan golongan kurang upaya penglihatan untuk mengenali dan membezakan denominasi yang berlainan.
Bank Negara Malaysia juga mengeluarkan wang kertas peringatan bersempena dengan pengeluaran mata wang siri baharu ini. Tiga jenis set wang kertas peringatan yang akan dijual adalah seperti yang berikut:
- Set 2 dalam 1 (denominasi RM1 dan RM5) - 500,000 set yang berharga RM15.00 setiap satu.
- Set Individu (denominasi RM20) - 500,000 set yang berharga RM30.00 setiap satu.
- Set Premium (denominasi RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100) - 50,000 set yang berharga RM300.00 setiap satu. Bagi setiap set ini, semua denominasi wang kertas akan mempunyai nombor siri yang sama.
Wang polimer RM1
Sukan Tradisional Permainan wau merupakan sukan tradisional yang popular di Malaysia terutamanya di Kelantan dan Terengganu. Permainan wau juga secara tradisinya merupakan suatu acara untuk meraikan hasil tuaian yang baik yang merapatkan masyarakat tempatan negeri-negeri tersebut.
Wau Bulan adalah antara wau Malaysia yang terkenal dan paling ikonik, dan dipaparkan pada wang polimer RM1 baharu. Wau Bulan buatan tangan, yang diperbuat daripada buluh dan kertas, juga menjadi barang hiasan popular yang menghiasi rumah-rumah di Malaysia.
Wang polimer RM5
Hidupan LiarBurung Enggang Badak (Buceros rhinoceros), iaitu salah satu spesies burung enggang terbesar dan paling mengagumkan di dunia, dipaparkan pada wang kertas polimer RM5 baharu.
Burung hutan yang menarik, bersayap lebar dan berekor panjang yang boleh ditemui dalam kelompok kecil di hutan hujan di seluruh negara ini memainkan peranan penting dalam budaya dan upacara tradisional negeri Sarawak yang turut dikenali sebagai 'Bumi Kenyalang'. Burung enggang juga melambangkan simbol kekuatan dan keberanian bagi masyarakat asli Sarawak.
Wang kertas RM10
Flora Hutan tropika Malaysia yang tumbuh subur, iaitu salah satu hutan hujan tertua di dunia, mempunyai berjenis-jenis pokok berbunga dan antara yang paling ikonik ialah bunga yang terbesar di dunia iaitu Rafflesia.
Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003.
Bagi memperingati penemuan ini, bunga yang mengagumkan ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.
Spesies Rafflesia Azlanii yang dipaparkan pada wang kertas RM10 baharu ini merupakan spesies asli Semenanjung Malaysia dan mula-mula sekali ditemui di Hutan Simpan Royal Belum di negeri Perak pada tahun 2003.
Bagi memperingati penemuan ini, bunga yang mengagumkan ini dinamakan sempena nama Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbuddin Shah ibni Almarhum Sultan Yusuff Izzuddin Shah Ghafarullahu-Lah.
Wang kertas RM20
Hidupan LautDua spesies penyu terkenal dan hanya dijumpai di perairan Malaysia iaitu Penyu Karah (Eretmochelys imbricata) dan Penyu Belimbing (Dermochelys coriacea), yang juga merupakan lambang hidupan laut yang pelbagai dan berwarna-warni di perairan tropika kita, dipaparkan pada wang kertas RM20 baharu.
Penyu Karah mudah dikenali melalui muncungnya yang melengkung dan kulitnya yang bersisik manakala Penyu Belimbing pula mempunyai kulit yang keras dan tujuh jaluran pada cangkerangnya.
Kewujudan penyu-penyu ini memberi peringatan bahawa kehidupan mereka bergantung pada imbangan aktiviti manusia dan pemuliharaan hidupan laut yang perlu dikendalikan dengan bijaksana.
Wang kertas RM50
Pertanian dan TeknologiKelapa sawit dan bioteknologi dipaparkan pada wang kertas RM50 sebagai ikon ekonomi Malaysia yang berkembang maju. Kelapa sawit telah menjadi tanaman pertanian negara yang paling utama dari segi ekonomi kerana Malaysia merupakan salah satu pengeluar dan pengeksport terbesar kelapa sawit di dunia.
Bioteknologi terus meningkatkan kedudukan komoditi ini dalam rantaian nilai, menyokong transformasi ekonomi negara ke arah aktiviti nilai tambah yang lebih tinggi dalam sektor pertanian, perkilangan dan perkhidmatan. Minyak sawit mentah juga digunakan sebagai komoditi dasar bagi memudahkan pembiayaan secara Islam.
Wang kertas RM100
Keajaiban Alam Semula JadiDua keajaiban alam semula jadi terkemuka negara yang diisytiharkan sebagai 'Tapak Warisan Dunia' oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) dipaparkan pada wang kertas RM100.
Keajaiban alam semula jadi yang mengagumkan ini ialah Taman Kinabalu di Sabah, dengan Gunung Kinabalu yang hebat dan agung (iaitu gunung tertinggi di Asia Tenggara) dan pembentukan batu mercu batu kapur yang menakjubkan di lembah Gunung Api, yang ditemui di Taman Negara Mulu di Sarawak.
Kedua-duanya adalah antara keajaiban alam semula jadi di Malaysia yang memberi pengunjungnya satu pengalaman yang unik. Membeli belah di Bank Negara Malaysia...pengalaman berbaris di bank negara tidak dapat dilupakan. ini adalah kali pertama. Apapun 2 jam berbaris mmg berbaloi. Dengar kata nilai pasaran 1 set wang kertas ini antara RM500-700. Tapi buat sementara ni, koleksi saya bukan untuk dijual.
Prefix Number AA0003153 dan angka bawah dari 10k.
Koleksi RM1 R.A.D.A.R
Ini adalah koleksi RM1 radar saya. RADAR tu bermaksud kalau bacaan dari depan RADAR dari belakang pun tetap RADAR dan contoh lain seperti KATAK, KAKAK..
Dibawah ni No nya..
- AER2292922
- AEL2378732
- AEL2375732
- AEK7625267
- ADS8138318
Subscribe to:
Posts (Atom)